Permalink to My Coffee Prince (Coffee Prince) Astro RIA

My Coffee Prince (Coffee Prince) Astro RIA

214 views

My Coffee Prince merupakan sebuah drama yang tentunya amat dinantikan oleh semua peminat drama melayu. Ini kerana sudah tentu ramai antara peminat drama sudah menonton drama asalnya. Untuk info, Drama My Coffee Prince ini adalah hasil adaptasi dari drama popular dari korea selatan, Coffee Prince. Apa yang lebih menarik mengenai drama ini adalah ianya hasil gandingan aktor dan aktress drama popular malaysia iaitu Fattah Amin dan Janna Nick. Disamping beberapa lagi pelakon lain yang tidak kurang hebat serta cantik dan kacak. Kita juga semua tahu, drama hasil karya arahan Michael Ang setakat ini tidak mengecewakan penonton, ini kerana drama yang terdahulu mendapat sambutan yang agak luar biasa.

Bagi Admin, drama ini merupakan satu drama yang wajib ditonton untuk hiburan di malam hari anda selepas penat menjalani aktiviti harian anda. Dikhabarkan drama ini bakal bermula tayangannya pada 27 November 2017 menerusi saluran Astro RIA 104 dan menerusi saluran HD di Astro HD 123. Drama 28 episod ini akan ditayangkan setiap isnin hingga khamis jam 10 malam.

TAJUK

My Coffee Prince

JUMLAH EPISOD : 28 Episod

TARIKH DAN MASA : 27 November 2017 / 10 PM

SLOT : MegaDrama

SALURAN : Astro RIA 104 & RIA HD 123

ARAHAN : Michael Ang

TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd

PARA PELAKON : Janna Nick, Fattah Amin, Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha, Sean Lee, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Zain Hamid, Faez Azemi, Jasmin Hamid, Sharifah Shahirah, Ejoy Azari

Pelakon Dan Watak

Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Daiyan Trisha sebagai Ira
Fahrin Ahmad sebagai Amri
Faez Azemi sebagai Riduan
Zain Ahmad sebagai Syukri
Sean Lee sebagai Jia Wu
Syafiq Ahmad sebagai Hadi
Sharifah Shahira sebagai Zahara

Sinopsis Drama My Coffee Prince

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani bekerja keras untuk menampung kehidupan bersama ibunya, Zahara dan adiknya, Ira.

Manakala Raikal yang baru pulang dari New York dipaksa kahwin oleh neneknya, Kalthom. Raikal yang cuba mengelak dari kahwin mengupah Dani untuk memperdayakan semua calon pilihan neneknya.

Sementara itu, Puan Seri Kalthom melabur dalam kedai kopi Encik Syukri dan menjadikan Raikal pengurus bersama. Raikal, yang tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Identiti sebenar Dani akhirnya terdedah dan akibat daripada penyamaran Dani itu, hubungannya dengan Rayqal terjejas. Bagaimanapun, Rayqal cuba untuk memahami situasi yang memaksa Dani berkelakuan sedemikian dan akhirnya memaafkan Dani. Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Kalthom telah menyebabkan mereka kembali berjauhan.

Gambar Pelakon My Coffee Prince

Tags: #Astro My Coffee Prince #Daiyan Trisha #Diana Danielle #Drama My Coffee Prince #Ejoy Azari #Ellie Suriaty #Faez Azemi #Fahrin Ahmad #Fattah Amin #Janna Nick #Jasmin Hamid #My Coffee Prince #Sean Lee #Sharifah Shahirah #Syafiq Ahmad #Zain Hamid

Leave a reply "My Coffee Prince (Coffee Prince) Astro RIA"

Author: 
    author