Kesempatan Kedua Cerekarama TV3

160 views

Kesempatan Kedua Cerakarama TV3
Jangan lupa untuk menonton sebuah drama menarik di TV3 pada sabtu ini menerusi slot Cerakarama. Kali ini telefilem berjudul Kesempatan Kedua bakal ditayangkan. Telefilem kisah persahabatan yang sangat akrab sehingga sanggup mengorbankan segalanya demi harga sebuah persahabatan. Lakonan oleh Kaka Azraff, Hafeez Mikail dan juga Izzue Islam. Telefilem ini bakal ditayangkan pada 26 November 2017 jam 9 malam.

TAJUK

KESEMPATAN KEDUA

TARIKH TAYANGAN : 26 November 2017 / 9 PM

SLOT : Cerakarama

SALURAN : TV3

ARAHAN : Raja Ahmad Alauddin

TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd

PARA PELAKON : Kaka Azraff, Hafeez Mikail, Izzue Islam, Liza Abdullah, Esma Dainal, Rosnah Johari, Idris Md Diah

Sinopsis Cerakarama Kesempatan Kedua

Myra (Kaka Azraff) mula berubah dari seorang gadis nakal ke wanita muslimah, berjubah dan bertudung. Perubahan ketara itu amat mengejutkan orang tuanya. Namun tanpa pengetahuan mereka, Myra sebenarnya sedang menyembunyikan perutnya yang semakin berisi setelah mengandungkan anak bersama teman lelakinya, Sani (Izzue Islam). Namun Myra tidak berani untuk menjelaskan tentang kandungan itu kepada Sani kerana beranggapan sani tidak mahukan anak seawal usia mereka. Rakan baik Myra, Taufik (Hafeez Mikail) yang selama ini menyimpan perasaan terhadap Myra cuba membantu Myra dengan menjadi pak sanggup dan mereka mengikat tali pertunangan.

Myra masih tidak melupakan Sani dan masih mengharapkan Sani dapat menerimanya kembali. Selepas melahirkan anak, Sani mula mendapatkan Myra kembali ke pangkuannya dan menerima anak yang dilahirkan Myra itu anak mereka. Taufik yang sudah mula menyayangi anak itu mula tidak tentu arah dan tahap kesihatannya semakin merosot.

Dapatkan Taufik mendapatkan Myra kembali?

Tags: #Cerekarama #Hafeez Mikail #Izzue Islam #Kaka Azraff #TV3

Leave a reply "Kesempatan Kedua Cerekarama TV3"

Author: 
    author
    No related post!